Wednesday, February 16, 2011

SeLubuNg KeSePiaN

Assalamualaikum wbt.....

saya memulakan kesepian ini dengan lafaz mulia 'bismillah' moga mendapat keberkatan dariNya...


selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad saw, moga roh perjuangan baginda sentiasa tersemat dijiwa...semoga saya menjadi salah seorang ikhwan yang dirindui baginda...

suatu hari saya mendapat satu pesanan ringkas daripada seorang sahabat dan saya merasakan ramai yang di luar sana termasuklah sidang pembaca turut mendapat pesanan ringkas ini...

Pernah suatu ketika sedang Rasulullah saw berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang airmata baginda Rasulullah saw. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw.

Lalu Saidina Abu Bakar ra menghampiri baginda dan bertanya, apakah yang menyebabkan baginda menitiskan airmata. Lalu baginda menjawab bahawa baginda terlalu merindui ikhwannya.

Saidina Abu Bakar bertanya, 'Bukankah kami ini (para sahabat) ikhwanmu?'
Baginda Rasulullah saw menjawab 'Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat2ku'

Lalu baginda Rasulullah saw menyambung lagi..
'Ikhwanku adalah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku dan mereka mencintai aku melebihi anak dan orang tua mereka.'
'Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman dengan aku. Dan berbahagialah tujuh kali ganda orang-orang yang beriman dengan aku tapi tidak pernah berjumpa dengan aku'

'Aku sangat rindu untuk bertemu mereka'..

credit to Sofiuddin

Ya Allah, moga kami menjadi IKHWAN yang dirindui oleh KekasihMu..Aameen

selawat Nabi - Syeikh Misyari


Ya Nabi Salam Alayka - Maher Zain

Salam Maulidur Rasul

3 comments:

  1. nk share nice Doa'

    Wahai TUHANKU..
    Bahawasanya aku berlindung dgn ENGKAU, dari kelemahan, kelemasan, ketakutan, kekikiran, kegundahan, dan dari azab kubur....

    ReplyDelete
  2. insyaAllah. sama-sama doa, Allah tetap pandang dan pilih kita. Ada doa, seorang ustaz ajar agar kita istiqamah dalam kerja buat kita. kalu kat kedah, orang panggil ustaz ni, 'Pak Long'.

    "Allahummar zuqnal istiqamah wa habbib ilaina fi solatil jamaah"

    ReplyDelete