Friday, March 4, 2011

Sumnun si pencinta..

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..

SUBAHANALLAH, WALHAMDULILLAH, WALAILAHILLALLAH ALLAHUAKBAR..kita alunkan bersama-sama sebelum penulis titipkan satu coretan ringkas buat sahabat- sahabat seperjuangan.. Telah diriwayatkan daripada Ali r.a bahawasanya ada empat orang malaikat yang ditugaskan memikul Arasy Allah swt..dan kerana bebanan yang terlampau berat itu, ALLAH swt memerintahkan para malakat membaca tasbih dan zikir ini bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka..Begitulah kehebatan Zikrullah..

Tika ini, penulis ingin berkongsi satu cerita berkenaan Sumnun, si pencinta..Sumnun ini ialah seorang tokoh sufi sezaman dengan Junaid Al- Baghdadi.. Nama sebenar Sumnun ialah Abul Hasan Sumnun Bin Abdullah Al- Khauwasy ..Dia diberi gelaran si pencinta kerana ceramah dan syairnya banyak berkisar mengenai cinta mistik..

Pada ketika usia Sumnun agak senja, Sumnun ini telah mengahwini seorang wanita dan akhirnya dikurniakan seorang cahayamata perempuan yang sangat comel..Ketika anaknya berusia tiga tahun, Sumnun sangat sayang akan anaknya itu..

Suatu malam, Sumnun si pencinta ini telah bermimpi..Didalam mimpinya itu, dia menyaksikan dirinya sedang berada dihari kebangkitan..Dia melihat setiap golongan ditegakkan sebuah panji, dan setiap panji tersebut bergemerlapan sehingga menerangi taman-taman syurga..

"golongan apakah yang memiliki panji ini?"..tanya Sumnun.." Golongan yang dikatakan ALLAH swt: dia mencintai ALLAH swt dan ALLAH swt mencintainya (golongan pencinta)"..Setelah itu Si Sumnun berlari masuk kedalam barisan orang yang berteduh dibawah panji itu..TETAPI salah seorang diantara mereka menolaknya keluar..

"Mengapa engkau mengusirku..?" bertanya Sumnun tidak puas hati.."Engkau bukan golongan pencinta, sedangkan panji ini untuk golongan pencinta seperti kami..".." kenapa aku bukan seorang pencinta..?"tanya sumnun kehairanan."Sedangkan orang menggelarku Sumnun si pencinta dan sesungguhnya ALLAH swt maha mengetahui apa yang ada didalam hatiku.."

"Sumnun..dahulunya kamu memang seorang pencinta, namaun setelah hatimu berpaut kepada anakmu itu, namamu telah dihitamkan daripada senarai golongan pencinta.."

Didalam mimpi, Sumnun memohon keampunan kepada Allah swt sambil berdoa.. " Ya ALLAH, seandainya anakku menjadi penghalang antara Kau dan aku, maka lebih baik Engkau mengambilnya sahaja.."

Tiba-tiba Sumnun terjaga dari tidur, terdengarlah suara orang ramai yang mengatakan" anak kecil itu terjatuh dari loteng dan terus meninggal dunia.." Ternyata anaknya yang meninggal dunia itu, dan bersyukurlah si Sumnun kerana batu penghalang diantara dia dan ALLAH swt sudah tiada lagi..amin

~Berpada-padalah dengan nikmat sementara yang kita kecapi hari ini dan janganlah sampai lalai kepada ALLAH swt..Cinta akan manusia, manusia akan mati, cinta akan ALLAH swt adalah cinta yang sejati..~

Wassalam :)

3 comments: