Wednesday, February 16, 2011

SeLubuNg KeSePiaN

Assalamualaikum wbt.....

saya memulakan kesepian ini dengan lafaz mulia 'bismillah' moga mendapat keberkatan dariNya...


selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad saw, moga roh perjuangan baginda sentiasa tersemat dijiwa...semoga saya menjadi salah seorang ikhwan yang dirindui baginda...

suatu hari saya mendapat satu pesanan ringkas daripada seorang sahabat dan saya merasakan ramai yang di luar sana termasuklah sidang pembaca turut mendapat pesanan ringkas ini...

Pernah suatu ketika sedang Rasulullah saw berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang airmata baginda Rasulullah saw. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw.

Lalu Saidina Abu Bakar ra menghampiri baginda dan bertanya, apakah yang menyebabkan baginda menitiskan airmata. Lalu baginda menjawab bahawa baginda terlalu merindui ikhwannya.

Saidina Abu Bakar bertanya, 'Bukankah kami ini (para sahabat) ikhwanmu?'
Baginda Rasulullah saw menjawab 'Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat2ku'

Lalu baginda Rasulullah saw menyambung lagi..
'Ikhwanku adalah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku dan mereka mencintai aku melebihi anak dan orang tua mereka.'
'Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman dengan aku. Dan berbahagialah tujuh kali ganda orang-orang yang beriman dengan aku tapi tidak pernah berjumpa dengan aku'

'Aku sangat rindu untuk bertemu mereka'..

credit to Sofiuddin

Ya Allah, moga kami menjadi IKHWAN yang dirindui oleh KekasihMu..Aameen

selawat Nabi - Syeikh Misyari


Ya Nabi Salam Alayka - Maher Zain

Salam Maulidur Rasul

Tuesday, February 1, 2011

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Setinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana penulis masih diberi kesempatan untuk merasa nikmat udaraNya, rezekiNya dan RahmatNya..Juga nikmat Iman dan Islam yang sentiasa harus diperbaiki dan dipertingkatkan..Diseballik semua itu juga, jangan kita lupa pada nikmat tangis dan tabah yang disandarkan pada bahu kita, termasuklah bahu penulis sendiri..Sesungguhnya nikmat itu sebenarnya tidak dimiliki oleh semua orang..Andai semua hambaNya merasai nikmat tangis dan tabah itu, sudah tentu hati setiap hamba-hambanya akan sentiasa bersama Cahaya Ya Rabb..kerana ketika berada dalam kesedihan itu barulah hamba-hambanya akan mengingati Sang Pencipta..

Tika ini, penulis sendiri terasa seperti ingin menangis..Tergerak dihati penulis pada kali ini untuk berkongsi rasa sedih ini bersama-sama dengan sahabat seperjuangan..Mengapa penulis terasa seperti itu..betulkah kerana sedang bersedih, ataupun sedang mengalami masalah yang terlalu meruncingkan hati..Atau adakah sesuatu perkara yang sedang merantai hati..Wahai Tuhanku, bantulah diri ini untuk menghadapi segala ujianMu..Biarlah ku menangis hanya kerana Mu..


"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi dajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman"(Al-Imran:139)


Tangisan penulis pada tika ini adalah kerana memikirkan tentang betapa jauhnya diri sebagai seorang hambaNya..Apabila diri sedang berbahagia, kita lupa pada siapa yang menganugerahkan kebahagiaan itu.Apabila mengalami kesedihan, barulah kita mencari-cari dimana cahaya..Mengapa manusia sering lupa dan alpa..


Nikmat tangis dan tabah itu sebenarnya membawa kita untuk lebih mengenal tentang kekerdilan diri sebagai hambaNya..Rasa sedih pasti terasa nikmat apabila diisi dengan solat..Mendekatkan diri dengan Pencipta alam siang dan malam dapat mengusir rasa kesedihan yang bertandang..Bersujud kepadaNya, bersimpuh dihadapanNya, mengalirkan air mata keranaNya,berzikir memujiNya dan menghayati ayat-ayatNya pasti dapat melupakan kesedihan dan kegelisahan..



Dengan hati yang ikhlas, suka disini penulis berkongsi sebuah Doa untuk menghilangkan rasa sedih dan kecewa sahabatku sekalian..amalkan..


اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِي بِيَدِكَ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجِلَاءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّي


Allaahumma innii 'abduka wabnu 'abdika wabnu amatik, naashiyatii biyadik, maadlin fiyya hukmuk, 'adlun fiyya qadlaa'uk, as-aluka bikullismin huwa laka, sammaita bihi nafsaka, au anzaltahuu fii kitaabika, au 'allamtahu ahadan min khalqika, awis ta'tsarta bihii fii 'ilmil ghaibi 'indaka, an taj'alal Qur'aana rabii'a qalbii wanuura shadrii wajalaa'a huzni wa dzahaaba hammii


Artinya: "Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba laki-laki-Mu, dan anak hamba perempuan-Mu. Ubun-ubunku berada di tangan-Mu. Hukum-Mu berlaku pada diriku. Ketetapan-Mu adil atas diriku. Aku memohon kepada-Mu dengan segala nama yang menjadi milik-Mu, yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau Engkau turunkan dalam Kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada seorang dari makhluk-Mu, atau yang Engkau rahasiakan dalam ilmu ghaib yang ada di sisi-Mu, agar Engkau jadikan Al-Qur'an sebagai penyejuk hatiku, cahaya bagi dadaku dan pelipur kesedihanku serta pelenyap bagi kegelisahanku."




Sahabat..
Andai hari ini dikau bersedih..
Hadapilah dengan berjuta ketabahan..
Kerana kesedihan itulah..
Yang akan menghidupkanmu semula..
mencari suatu cahaya yang baru..


Sahabat..
Andai hari ini dikau bersedih..
Bersedihlah kerana Dia..
Pencipta yang maha bijaksana..
Dalam melengkapkan alam mayaNya..


Sahabat..
Andai hari ini dikau bersedih..
Hadapilah dengan seikhlas senyuman..
Kerana dengan secangkir senyuman itu..
Bisa meruntuhkan satu jiwa yang sedang lara..


Sahabat..
Andai hari ini dikau sedang bersedih..
Jangan dilupakan tentang esok..
Kerana ianya pasti menjanjikan..
Sang pelangi yang berkilauan..




p/s: bersedihlah kita kerana sentiasa mengingati tentang kematian..

Thursday, January 27, 2011

Assalamualaikum wbt..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, penulis mulakan coretan pada kali ini bersama hati yang cukup ikhlas, bersulamkan persahabatan, bertemankan kebahagiaan, dan bersaksikan cahaya islam..Tika ini, jari - jemari beralun laju setelah agak lama penulis menyepikan diri..mungkin juga sudah lebih setahun..Masa sentiasa membataskan penulis untuk meneruskan perjuangan ini..Walau apapun, dengan izin dan rahmat dariNya insyaAllah penulisan ini akan tetap diteruskan kerana niat dihati penulis hanyalah satu, berdakwah ke jalan Ilahi dan berkongsi segala ilmu bersama sahabat seperjuangan. Sudilah kiranya sahabat memberikan sedikit ruang dan pandangan dan memperbetulkan segala kekurangan yang ada, kerana segala yang baik itu datang dari Allah, dan segala kekurangan itu datang dari diri penulis sendiri..

Tika ini, ingin sekali penulis berkongsi suatu cerita dimana penulis telah bertemu sendiri dengan seorang lelaki tua yang mana setiap permulaan perkara yang dilakukannya sentiasa dimulai dengan ucapan Bismillah..Bibirnya sentiasa manis dengan zikir..lidahnya tidak pernah lekang dari mengalunkan puji - pujian bagi Allah swt..Sedang hati ini memuji kebaikan dan ketelusan si lelaki tua itu, hati ini juga memikirkan tentang kekurangan diri..Kita yang masih gagah dibumi Allah ini, yang sentiasa menghirup udaraNya, sentiasa mendapat rezeki dariNya, mendapat segala kebaikan dari setiap inci bumi Allah ini...tapi mengapa kita benar - benar melampaui batas. ketahuilah, sesungguhnya manusia benar - benar melampaui batas kerana dia melihat dirinya berasa cukup..( Al - Alaq:6-7 )

Sedarilah kita wahai sahabat seperjuangan,

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati yang berasal dari tanah

Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani yang disimpan di dalam rahim

Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging, kemudian Kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain. Maka Maha Suci Allah lah Pencipta yang paling baik. ( Al - Mu'minuun : 12-14 )

Kita hanyalah insan hina, mengapa tidak kita berserah hanya padaNya..



Sedang penulis mencari naurah yang tersendiri, membuka pintu hati untuk cuba mendapatkan cahaya Ilahi..walaupun sekelumit cuma..Penulis bukanlah seorang yang terlalu pandai bermadah pujangga, menyusun kata..sekadar meluahkan apa yang terpendam didada..untuk dikongsikan bersama..Penulis juga hanyalah manusia biasa, seorang hambaNya yang pernah lalai dalam meniti arus kehidupan..Banyaknya kesilapan dahulu merantai di jiwa..Tangisan pun tidak dapat meredakan segalanya..Biarlah semuanya menjadi pengalaman dan pengajaran untuk hari mendatang.


Sesungguhnya kita adalah sebaik - baik ciptaanNya.

" Duhai teman sejatiku..
Aku ingin kita seperti Abu Bakar Al-Siddiq
Persahabatan dijalin kerana Al-Khaliq
Harta dikorban bukan sedikit
Cintakan kebenaran, sanggup bersakit..

Aku ingin kita seperti tawakkal Ibrahim a.s mulia
Ketika meninggalkan insan tercinta
dibumi tandus tanpa bicara
Meyakini Allah sebagai penjaga..

Aku impikan diantara kita seorang Umar
Berdiri tatkala tunduknya manusia
Bersuara tatkala diamnya mereka
Menggerunkan si musuh durjana..

Aku ingin kita seteguh Ibn Zubbair
Menahan panahan hajjaj dengan rela
Bersama si ibu tua
Lantas syahid rohnya diangkat ke syurga..

Marilah menyemai benih Mujahid Hassan Al-Banna
Fikrahnya jernih menggegar dunia
Merelakan tubuhnya dimamah peluru
Demi menegakkan kalam Allah dan Rasul..

Aku ingin kita sepemaaf yusuf a.s
Tetap mencintai dan menolong saudaranya
Walaupun pernah dihumban ke perigi tua
Terpisah dari ayahanda bertahun lamanya..

Aku ingin pusara kita
Seharum pusara Masyitah
Semerbak kasturi
Kerana hebatnya iman mempertahankan syahadah.."


Ya Allah, tatkala bahang Mahsyar-Mu menjilat tubuh, izinkan kami sama - sama berteduh, tatkala Mizan - Mu teliti mengira, beratkan neracanya atas setiap jasa,berkat kasih dariMu semata, naungi kami disana, andai ku layak ke syurga, ku pinta dia bersama..











Thursday, January 7, 2010

Pena Muqaddimah

Bismillahirrahmannirrahim…..

Assalamualaikum wbt….

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat ilahi atas anugerah nikmat-nikmatnya terutamanya nikmat iman dan juga nikmat Islam yang mana tidak dianugerahkan kepada semua makhluk ciptaanNya kecuali orang Islam. Semoga nikmat yang dua ini menjadi inspirasi kepada kita umat Islam untuk terus berjuang beribadat dan mendambakan hati dan diri kita kepada Al-Khaliq. Seterusnya selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yang walaupun digelar ‘ummi’ (yang tidak pandai membaca) tetapi baginda mampu menafsir isi hati manusia yang lain (SubhanAllah). Semoga syafaat Baginda akan senantiasa berada di sisi kita semua umatnya pada hari perhitungan kita nanti. (Aameeen)

Dengan rahmat dan limpah kurniaNya penulis kembali bersama-sama sahabat-sahabat seperjuangan yang tidak pernah kenal erti penat lelah dalam melebarkan dakwah Islam dalam pelbagai uslub dakwah termasuklah menggunakan medan maya yang serba canggih dan semakin berteknologi ini. Semoga alam maya ini menjadi satu medium ghuzwatul fikr untuk sama-sama kita menilai keadaan disekeliling kita.

Salam pertemuan kembali buat semua sidang pembaca dan pengkritik setia yang hadirnya bagi menjana ilmu (duniawi dan akhirat) yang menjadi benteng diri dan semua insan yang berada di sekeliling kita dan seterusnya berkongsi pandangan-pandangan qalbu dan fikr bagi merealistikkan setiap bait-bait mutiara yang wujud dalam penulisan yang serba kekurangan ini. Penulis juga berharap agar untaian kata-kata yang dikongsi memberi berjuta manfaat pada semua terutamanya hati penulis sendiri yang masih dalam perjalanan mencari sesuatu makna dalam kehidupan ini yang mana penuh dengan mehnah dan tribulasi yang perlu ditatapi saban hari bagi menemui kemanisan dalam meneruskan sisa-sisa umur yang belum diketahui destinasinya.

Niat

“Innama al a’malu binniyat……”

Nyanyian merdu suara muadz menjengah dipendengaranku, membisik seribu bahasa melagukan hadith yang pertama lahir dari kitab arba’in an nawawiyah. Lagu ini senantiasa menjadi halwa telinga dalam menenangkan hati yang gundah gulana.

“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niatnya…..”

Maksud hadith ini penulis rangkumkan dalam uslub dakwah ini semoga menjadi iktibar dalam kehidupan penulis agar sentiasa memperbaharui dan memperbetulkan niat dalam setiap amalan agar selaras dengan syariatNya.

sedikit perkongsian yang mana penulis dapat daripada seorang sahabat dalam emelnya yang menyatakan niat (niyyah) sangatlah penting, kerana perkataan niat itu terdiri daripada 3 huruf, iaitu:

Nun, yang melambangkan nur Allah (cahaya Allah)

Ya, yang melambangkan yad Allah (tangan Allah)

dan ha, yang melambangkam hidayat Allah (bimbingan atau petunjuk Allah)


Niat juga disebut sebagai qasad atau maksud tujuan. Jadi setiap penulis-penulis blog mesti ada niat atau tujuan masing-masing yang ingin disampaikan pada pembaca khususnya. Insya Allah dengan izinNya kita akan dapat apa yang kita niatkan. Andainya niat kita untuk mendapatkan harta, pangkat atau wanita, insya Allah kita akan dapat berdasarkan niat kita itu tetapi ingatlah bahawa ketiga-tiga golongan ini termasuk dalam golongan-golongan celaka kecuali mereka yang berniat hanya untukNya. Ini termasuklah dalam penulisan entri-entri dalam blog kita. Perlu kepada muhasabah diri atas dasar apa kita menulis blog dan kepada siapa kita tujukan penulisan blog kita.


Diharapkan penulisan dalam blog ini mendapat RahmatNya.......doakan ya (Aameeen)


Semoga penulis juga istiqamah (konsisten) dalam uslub dakwah yang cuba dibawa melalui bentuk penulisan ini disamping secalit perkongsian perjalanan kehidupan penulis yang diharapkan membawa manfaat kepada sidang pembaca umumnya seterusnya kepada pemilik hati ini agar terus berada dilandasanNya.


Jom berhibur dengan hadith pertama arba'in an nawawiyah


Menuju Akhlak Mahmudah

Yusuf Al Humaira

07 Januari 2010

0658